Budaya membaca dan aktiviti perbukuan harus sentiasa digerakkan, tidak kiralah dalam apa juga medium.
Ketika seorang penulis menghasilkan karya, penerbit mengambil langkah menerbit dan memasarkan karya tersebut, siapa lagi yang terlibat untuk menyampaikan ‘suara’ karya itu agar terus bergema ke serata dunia?
Kemunculan para ‘booktuber’ mengisi ruang ini, selain penggiat industri kandungan lain yang memilih ruang audio siar (podcast), buku audio, e-buku dan sebagainya.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melihatkan lebih ramai muncul menjadi ‘booktuber’ dan mewarnai segmen ini. Hikmah yang tersembunyi di sebalik pandemik yang melanda.
Demi memastikan para ‘booktuber’ ini terus menggerakkan kandungan masing-masing, komuniti Booktube Malaysia diwujudkan.
Booktuber Minggu Ini:
Hafiz Latiff
AmanWan